fbpx

Cuba sogok RM45,000 kepada polis, ahli perniagaan direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada Asisten Superintendan Saifullah Jaya@Yahya kerana menolak suapan berjumlah RM45,000 pada sidang akhbar di IPK Johor Bahru di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula hari ini atas cubaan merasuah seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dengan wang berjumlah RM45,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memberitahu, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Hidayah Abdul Manaf di Mahkamah Majistret, di sini.

Menurut kenyataan itu, suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 10.30 malam tadi.

“Dia ditahan kerana cubaan merasuah seorang pegawai polis bertujuan untuk melepaskan 66 rakannya yang ditahan polis dalam operasi di sebuah kelab malam di kawasan Ulu Tiram, baru-baru ini.

“Suspek juga melakukan perbuatan itu supaya pihak berkuasa tidak bertindak melakukan ujian saringan awal air kencing dan kesalahan dibawah Perkara 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu sidang akhbar hari ini memuji tindakan pegawainya yang bertindak menolak cubaan rasuah sebanyak RM45,000 itu.

Beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara kepada pegawai yang terlibat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI