fbpx

Bantah bina tempat abu mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shah (tiga kiri) menyerahkan memorandum bantahan kepada Norfiza (tiga kanan) ketika mengadakan bantahan di pekarangan MPK, Klang, . FOTO NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Lebih 1,000 penduduk Taman Bukit Lipat Kajang di sini membantah pembinaan kolumbarium (tempat letak abu mayat) setinggi lima tingkat di Lot 1092 kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan kediaman penduduk.

Lebih mengecewakan, pembinaan itu didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan beberapa jabatan lain yang terlibat.

Wakil penduduk, Khairul Shah Abdullah berkata, semakan mendapati kedudukan bangunan yang bakal dibina adalah kira-kira 14 meter sahaja daripada kediaman penduduk berbanding dibenarkan pihak berkuasa pad jarak 40 meter.

Katanya, ini bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas, gangguan bunyi dan emosi daripada segi kepercayaan agama serta hak individu kepada penduduk kelak.

“Bantahan pernah dilakukan sejak 2016 lagi namun tidak menemui jalan penyelesaian.

“Kita mencadangkan kolumbarium itu dibina di tanah milik persatuan yang lain di Meru yang jauh daripada perumahan penduduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Khairul Shah bersama bersama beberapa penduduk hadir bagi menyerahkan memorandum bantahan berkenaan pembinaan kolumbarium itu kepada Yang Dipertua MPK yang diterima Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz.

Kata Khairul Shah, pembinaan kolumbarium itu tidak sesuai di kawasan perumahan penduduk khususnya di kawasan bandar.

“Keadaan akan jadi tidak terkawal terutamanya ketika perayaan Qing Ming pada setiap tahun yang mana kira-kira 40,000 kenderaan milik penganut Buddha akan diparkir di kawasan perumahan ini.

“Kehadiran mereka ini jelas akan mengganggu kehidupan penduduk yang majoritinya beragama Hindu. Masyarakat harus ingat, isu agama ini sangat sensitif dan semua pihak perlu menghormari satu sama lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, turut mempersoalkan pihak berkuasa yang akan mengadakan mesyuarat berhubung pembinaan struktur itu pada Selasa hadapan tanpa memanggil wakil penduduk.

“Kita kesal apabila mereka hanya menjemput wakil-wakil persekutuan dan MPK termasuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim selaku pengerusi mesyuarat.

“Pelantikan ini bertentangan dengan Kanun Tanah Negara, yang mana ahli politik tidak dibenarkan menjadi pengerusi mesyuarat berkenaan pembinaan berkaitan tanah,” katanya.

Justeru, Khairul Azhar menegaskan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan Isnin depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI