fbpx

Apartmen jadi markas judi online diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-Antara suspek warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Dadu di sebuah apartmen di Taman Sri Puchong, Selangor semalam.

SERDANG – Tindakan licik sindiket judi online yang kini menukar modus operandi dengan menyewa apartmen untuk dijadikan sebagai pusat operasi tidak berpanjangan selepas diserbu pihak polis menerusi Ops Dadu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Puchong Jaya dan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hasil risikan dan siasatan yang dilakukan.

“Serbuan dilakukan pada pukul 11.56 malam di sebuah apartmen di Jalan Sri Puchong 2, Taman Sri Puchong di sini dan telah menahan enam individu warga asing yang terdiri daripada seorang lelaki penjaga premis warga Indonesia, dua pekerja lelaki Myanmar dan tiga pemain warga Bangladesh.

“Pihak serbuan turut merampas empat buah komputer riba jenama Dell, dua unit modem dan wang tunai berjumlah RM200,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Razali, pihaknya mendapati sindiket judi online kini mula menukar lokasi operasi dengan menyewa apartmen selepas pihak polis aktif melakukan operasi memburu kegiatan mereka.

“Bagaimanapun pihak polis tidak akan berdiam diri dan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan maklumat berhubung kegiatan yang menyalahi undang-undang ini.

“Kesemua suspek yang ditahan kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI