fbpx

96 mangsa banjir dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seramai 96 mangsa banjir daripada lima kawasan di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharaja Lela di sini sejak lapan hari lalu dibenarkan pulang hari ini.

Mereka melibatkan 27 buah keluarga di Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, kebenaran pulang itu hasil pemantauan bersama agensi lain di semua lokasi banjir tersebut yang telah surut.

“Kesemua 96 mangsa banjir telah dibenarkan pulang dan kita telah menutup PPS SK Dato Maharaja Lela pukul 2 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shaiful Azril berkata, pihaknya bersama semua agensi sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir di lokasi sama.

“Paras air bergantung kepada cuaca dan hujan yang mengakibatkan limpahan air ke rumah penduduk.

“Kita sentiasa bersedia selama 24 jam untuk memghulurkan bantuan dalam operasi pemindahan mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI