fbpx

Zulkifli ziarah isteri arwah Ikhsan Ise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) menziarahi keluarga arwah Ikhsan Ise petang tadi.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah pengasas ilustrasi digital Artortoise, Mohamad Ikhsan Kamarudin, hari ini.

Perkara itu dikongsi Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter beserta empat keping gambar yang turut kelihatan isteri arwah.

Zulkifli adalah antara sebahagian menteri, kenamaan dan selebriti yang mendapatkan khidmat ilustrasi Artortoise sebelum ini.

“Singgah menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah Ikhsan Ise (Artortoise) petang tadi. Suasana yang amat sayu menyelubungi seisi rumah.

“Beliau pergi meninggalkan kita dalam usia yang masih muda. Namun namanya dikenali di peringkat negara.

“Arwah mengajar kita bahawa sesiapa sahaja boleh menyumbang untuk negara dengan kelebihan dan kemahiran masing-masing. Itulah patriotisme,” katanya.

Ikhsan Ise bukan nama asing di media sosial kerana sebelum ini arwah pernah tular dengan penghasilan karya-karya penghargaan terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan bertugas menentang penularan wabak Covid-19.

Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 1.37 pagi semalam di Hospital Selayang akibat kanser. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI