fbpx

Tiga pemimpin protes dihukum penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joshua Wong (kanan) dan Ivan Lam tiba di Pusat Penerimaan Lai Chi Kok di Hong Kong sebentar tadi selepas mengaku bersalah mencetuskan bantahan prodemokrasi pada 2019. - AFP

HONG KONG – Pemimpin pergerakan protes dan penentang Hong Kong, Joshua Wong dipenjara bersama dua lagi aktivis muda kerana menyertai bantahan demokrasi besar-besaran tahun lalu.

Wong, 24, didakwa bersama dua rakan kempen demokrasi, Ivan Lam dan Agnes Chow berhubung rali di luar ibu pejabat polis.

“Hari-hari akan datang akan jadi lebih sukar tetapi kami akan terus bertahan,” kata Wong semasa dia dibawa keluar.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah terhadap sejumlah kesalahan termasuk mencetuskan satu himpunan haram.

“Defenden memanggil peserta protest untuk mengepung ibu pejabat (polis) dan melaungkan slogan memperlekehkan pasukan polis.

“Pilihan yang paling wajar ialah penjara,” kata Majistret Wong Sze-lai semasa mengenakan hukuman penjara 13.5 bulan penjara.

Chow menangis ketika dijatuhkan hukuman 10 bulan manakala Lam dikenakan tujuh bulan penjara.

Hong Kong terpalit dengan rali besar-besaran selama tujuh bulan berturut-turut, kerap bertukar ganas dengan berjuta-juta penduduk berarak di jalan raya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI