fbpx

Tiga lagi RUU Perbekalan 2021 lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

PETALING JAYA- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lapan.

RUU Perbekalan 2021 yang diluluskan itu melibatkan tiga kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Kelulusan RUU bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dimaklumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menerusi undian suara Ahli Parlimen.

Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar ia dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Sesi penggulungan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan peruntukkan belanjawan kira-kira RM1.7 bilion disempurnakan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula ia dilaksanakan oleh Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad melibatkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM10.2 bilion.

Sementara itu, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah pula menyelesaikan sesi penggulungan bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan anggaran peruntukkan belanjawan sebanyak RM2.1 bilion.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan beberapa RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa melibatkan beberapa kementerian antaranya Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI