fbpx

Terima 30 kotak hadiah misteri, Andi diminta buka satu persatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andi Bernadee menunjukkan 30 kotak hadiah misteri yang diterima daripada individu tidak dikenali sempena ulang tahunnya kelmarin.

PETALING JAYA – Penyanyi Andi Bernadee berkongsi menerima 30 kotak hadiah misteri daripada peminat tidak dikenali sempena ulang tahun ke-29 kelmarin.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​ berkata, individu tersebut disifatkan sebagai seorang yang kreatif dan berperwatakan menarik menerusi ucapan yang dititipkan.

“Saya tidak tahu siapa yang hantar hadiah ini. 30 kotak hadiah misteri yang perlu dibuka sekotak sehari seperti diminta pengirim,” tulisnya menerusi InstaStory.

Terdahulu, sambutan hari ulang tahun kelahiran Andi yang popular menerusi lagi Shimmy itu dihujani kecaman daripada netizen gara-gara dikatakan membazir dan tidak bersyukur dengan makanan.

Menerusi video yang dimuat naiknya, Andi diraikan rakan-rakannya dengan cara nakal iaitu dituang satu plastik tepung gandum di kepala dan badannya.

Rata-rata netizen mendakwa Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi ketika ini, sanggup membazir dan dikecam tidak bersyukur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI