fbpx

Satu lagi RUU Perbekalan 2021 lulus peringkat jawatankuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat tadi.

Kelulusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menerusi undian suara Ahli Parlimen.

Sesi penggulungan RUU berkenaan dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Belanjawan 2021 memperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion kepada kementerian tersebut dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada golongan petani serta nelayan.

Subsidi itu antara lain membabitkan sebanyak RM570 juta untuk harga padi selain RM960 juta untuk insentif tanaman padi termasuk subsidi baja padi bukit bernilai RM40 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI