fbpx

Perak jadi platform Azri untuk cipta nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI sedia mengembangkan lagi bakatnya bersama pasukan Perak bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

PENJAGA gol muda, Muhammad Azri Ghani menganggap Perak sebagai pasukan paling sesuai buat dirinya mencipta nama musim depan selepas mengakui bergelut untuk mendapat tempat bersama Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun ini.

Azri, 21, menjelaskan, peluangnya agak terhad untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Helang Merah musim lalu kerana perlu bersaing ­dengan dua penjaga gol yang lebih berpengalaman, Ifwat Akmal Che Kassim dan Mohd. Shahril Saa’ri.

Ia adalah antara sebab utama penjaga gol dari Kota Bharu, Kelantan itu memilih untuk menyertai Perak dan bertekad membantu skuad kendalian Mehmet Durakovic tersebut meraih sekurang-kurangnya satu piala pada saingan musim 2021.

“Kedah memang satu pasukan hebat tetapi saya akui kurang mendapat minit permainan dan persaingan terlalu sengit untuk berada dalam skuad utama.

Hanya pada ­penghujung musim baru saya mendapat peluang beraksi.

“Inilah masa yang tepat untuk saya mencuba aura baharu bersama Perak dan akan ­bekerja keras mengembangkan lagi potensi saya bagi membantu pasukan mengharungi Liga Super dengan lebih cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, bekas penjaga gol Felda United itu mengucapkan terima kasih kepada Kedah atas pengalaman berharga sepanjang musim 2021 hingga dinobatkan sebagai naib juara Liga Super, sekali gus ­layak beraksi pada kancah Piala AFC 2021.

Sebagai rekod, Azri sebelum ini mula mencipta nama selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan pada Kejuaraan B-19 AFF 2018 sehingga pasukan kendalian Bojan Hodak muncul juara buat kali pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI