fbpx

Nikita tak tahu pun soal bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKITA WILLY

PELAKON Nikita Willy memang dikenali sebagai ratu sinetron. Bahkan, pelakon berusia 26 tahun itu juga disebut sebagai artis sinetron yang mendapat bayaran paling mahal.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi sinetron berjudul Pengantin Kecil itu memberitahu, selama ini, dia sebenarnya langsung tidak tahu bayaran yang diterima sebagai pelakon.

“Saya tidak tahu berapa gaji yang saya dapat sebagai pelakon. Sama ada berlakon dalam sinetron atau filem, jujur saya tidak tahu berapa bayaran yang saya terima,” katanya.

Dalam satu temu bual siaran saluran YouTube Boy William, Nikita juga memberitahu bahawa dia memang tidak tahu dan tidak mahu tahu berapa bayaran yang diperolehi hasil daripada kerja lakonannya.

Sepanjang karier, urusan pembayaran diterima oleh ibunya dan dia hanya mendapat gaji setiap bulan seperti pekerja biasa.

“Saya tidak berlakon kerana wang kerana saya berlakon sebab minat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI