fbpx

Neymar akui resah prestasi semasa PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR sedar aksi menentang United bukan tugas yang mudah dan berharap PSG mampu mempamerkan aksi yang lebih tersusun. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain, Neymar menggesa rakan sepasukannya untuk meningkatkan prestasi menjelang aksi menentang Manchester United awal pagi esok.

PSG tidak mempunyai pilihan kecuali meraih keputusan yang baik pada perlawanan itu nanti selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Bordeaux pada aksi Ligue 1 hujung minggu lalu.

Ketika ini, PSG terikat enam mata bersama RB Leipzig dalam saingan Kumpulan H kejohanan tersebut dan Neymar mengakui bahawa situasi semasa kelab itu menyebabkan dia kurang gembira.

Penyerang antarabangsa Brazil itu mahu PSG kembali bangkit meraih prestasi terbaik mereka menentang United pada aksi kali ini.

“Kami bermain dalam satu jadual yang padat. Kami berjaya menjaringkan gol tetapi mungkin terlepas beberapa perkara untuk membolehkan kami memenangi perlawanan.

“Kami perlu meningkatkan persembahan, bukan sahaja untuk aksi di Eropah tetapi juga di Ligue 1. Kami sepatutnya memulakan aksi terbaik dan ia adalah perkara yang biasa kami lakukan sebelum ini.

“Jika kami tidak gagal untuk kembali dengan prestasi terbaik, kami akan berdepan masalah besar dalam liga dan Liga Juara-Juara.

“Menentang United adalah tugas yang sangat rumit seperti mana ketika kami menentang Leipzig di mana kami memenangi perlawanan tetapi gagal beraksi dengan baik.

“Kami akan juga memberikan aksi terbaik, meningkatkan tahap permainan dan bermain dengan lebih tersusun kerana jika gagal untuk melakukannya, kami akan berdepan masalah besar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI