fbpx

Nenek 101 tahun 3 kali dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Maria (kiri) yang dirakam sebelum dia disahkan dijangkiti wabak Covid-19. – FACEBOOK

ROM – Seorang nenek berusia 101 tahun dijangkiti wabak Covid-19 buat kali ketiga di sebuah hospital di daerah Sondalo, Itali, lapor laman berita RT.com.

Wanita tersebut, Maria Orsingher dimasukkan ke hospital kali pertama pada Februari lalu ketika pandemik Covid-19 mula menular ke Itali.

Anak wanita itu, Carla Orsingher berkata, ibunya tidak mengalami sebarang simptom ketika pertama kali dimasukkan ke hospital.

“Pada Februari lalu, ibu saya dimasukkan ke hospital di daerah Sondalo dan beberapa doktor memberitahu bahawa mereka tidak pernah melihat pesakit warga emas yang boleh sembuh begitu mudah seperti dirinya.

“Dia masukkan ke hospital sekali lagi pada September lepas setelah mengalami demam dan ditahan di wad selama 18 hari,” katanya.

Tambah Carla, Maria sekali lagi dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Doktor yang merawat ibu saya turut kagum dengan semangat kentalnya melawan penyakit tersebut hingga sembuh sebelum ini.

“Sepanjang tempoh sembilan bulan kebelakangan ini, keputusan ujian saringan ­Covid-19 ibu saya didapati negatif sebanyak tiga kali dan positif juga sebanyak tiga kali,” ujarnya.

Maria yang dilahirkan pada 21 Julai 1919 di sebuah perkampungan kecil di Ardenno, Itali, pernah berdepan pandemik Selesema Sepanyol dan berkahwin ketika Perang Dunia Kedua.

Wanita berusia lebih satu abad yang menyambut hari lahirnya ke-101 Julai lalu itu kini menjalani rawatan dan sedikit sukar untuk berkomunikasi dengan tiga anaknya kerana pekak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI