fbpx

Jepun beri vaksin Covid-19 percuma kepada semua rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TOKYO – Kerajaan Jepun bakal memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua penduduknya selepas Parlimen meluluskan satu rang undang-undang berkaitan perkara itu hari ini.

Rang undang-undang berkenaan yang menyatakan kerajaan akan menanggung segala kos berkaitan vaksin kepada 126 juta penduduknya itu diluluskan oleh Dewan Tertinggi selepas ia dipersetujui di Dewan Rakyat.

Negara Matahari Terbit itu telah menempah vaksin untuk diberikan kepada 60 juta rakyatnya daripada syarikat pembekal perubatan Pfizer manakala bekalan untuk 25 juta penduduk lagi diperolehi daripada firma Moderna.

Selain itu, kerajaan turut mengesahkan bakal menerima sebanyak 120 juta dos vaksin AstraZeneca.

Terdahulu, Pfizer and Moderna telah memohon kelulusan untuk kegunaan kecemasan di Amerika Syarikat dan Eropah selepas mendakwa ujian klinikal menunjukkan keberkesanan vaksin keluaran mereka.

Sementara itu, rang undang-undang tersebut diluluskan selepas Perdana Menteri Jepun mengeluarkan kenyataan negara tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila pengamal perubatan dan hospital diramal bakal lumpuh.

Sebelum ini, Jepun menyaksikan kes penularan Covid-19 yang agak rendah dengan 2,100 kematian dan 150,000 kes serta tidak mengenakan perintah berkurung seperti negara lain.

Bagaimanapun, negara itu kini berhadapan dengan gelombang ketika pandemik yang menyaksikan peningkatan rekod jangkitan harian di seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Gabenor Tokyo turut menggesa penduduk bandar raya itu supaya tidak melakukan aktiviti bukan asas dan mengarahkan premis menjual minuman keras agar menutup operasi lebih awal.

Kerajaan Persekutuan turut membenarkan wilayah-wilayah itu membuka sektor pelancongan domestik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI