fbpx

Irfan Bakti bakal lonjak Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRFAN BAKTI diyakini bakal memberi impak buat Kuching City dalam usaha meraih slot automatik ke pentas Liga Super.

PASUKAN Liga Premier, ­Kuching City bakal berwajah baharu selepas mengesahkan kehadiran pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim sebagai ­ketua jurulatih untuk mengharungi ­saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengerusi kelab, Fazzrudin Abdul Rahman mengakui keha­diran Irfan Bakti diharapkan dapat memberi impak buat pasukannya dalam usaha meraih slot automatik ke pentas Liga Super.

“Perancangan awal kami adalah untuk mengekalkan Akira Higashiyama selaku ketua jurulatih tetapi dia menolak tawaran yang diberi sekali gus menyebabkan pasukan terpaksa mencari pengganti.

“Beberapa nama telah dibincangkan dan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah dan a­khirnya kita telah membuat keputusan untuk melantik Irfan Bakti untuk kempen Liga M musim depan.

“Kita yakin bahawa Irfan adalah individu tepat untuk membawa falsafah bola sepak yang cuba pasukan terapkan memandangkan resume miliknya bersama pasukan yang dibimbing sepanjang karier sebelum ini sangat positif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Fazzrudin turut mengesahkan bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan dipilih untuk mengisi posisi Pengarah Teknikal bagi mencungkil bakat pemain serta jurulatih muda selepas ini.

Sebagai rekod, nama Kuching FA yang digunakan oleh pasukan sejak ditubuhkan pada tahun 2015 akan tamat dan digantikan dengan jenama baharu iaitu Kuching City sesuai dengan penswastaan kelab bermula musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI