fbpx

Industri pelancongan pulih lepas ada vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

PETALING JAYA- Pemulihan industri pelancongan dan penerbangan di negara ini dijangka pulih selepas bekalan vaksin Covid-19 diperolehi oleh kebanyakkan negara dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, langkah pemulihan industri itu turut bergantung kepada senario global dan domestik wabak Covid-19.

“Ia juga bergantung kepada langkah yang diambil negara luar lain bagi membuka pintu sempadan antarabangsa mereka termasuk Malaysia.

“Pada masa kini, kerajaan hanya menumpukan kepada industri pelancongan domestik menerusi gelombang perjalanan domestik bagi menggalakkan industri penerbangan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS- Kota Samarahan) yang mahu mengetahui bilakah industri pelancongan dan penerbangan dijangka pulih selain langkah kerajaan terhadapnya.

Sementara itu, ketika menjawab status pengangguran pekerja industri itu, Arthur berkata, kadarnya menunjukkan pengurangan pada bulan September berbanding Mei lalu.

“Pada bulan September kadar pengangguran mencatatkan sebanyak 4.6 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei lalu.

“Pengurangan tersebut hasil daripada langkah yang diambil kerajaan dengan melaksanakan beberapa program termasuklah Subsidi Upah yang bernilai RM18 bilion,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI