fbpx

Han Byul tunjuk taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN BYUL

BEKAS peserta Kpop Star 6, Han Byul membuat kemunculan istimewa apabila menjadi seorang daripada peserta program realiti Cap-Teen.

Penyanyi berusia 16 tahun itu menyampaikan lagu Star nyanyian asal daripada penyanyi Jessi. Kelincahannya menari dan menyanyi membuatkan para juri terkejut melihat transformasi dirinya.

Sebelum ini, dia pernah bergelar penyanyi pelatih di syarikat YG Entertainment.

Berbicara tentang penyertaannya dalam agensi berkenaan, Han Byul berkata, dia menjalani latihan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan menarik diri.

“Saya keluar daripada YG beberapa bulan lalu kerana risau tidak dapat melakukan debut.

“Saya rasa diri ini bukan sesiapa,” katanya.

Dia kemudian bangkit daripada kerisauan dengan menyertai program Cap-Teen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI