fbpx

Fulham belum sedia kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FULHAM mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Leicester awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Fulham, Scott Parker optimis pasukannya akan terus berjuang dan tidak mengibarkan ‘bendera putih’ terlalu awal selepas berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City di Stadium King Power awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Fulham dilihat sebagai salah satu pasukan yang mungkin akan kembali ke saingan Liga Kejuaraan selepas bergelut di zon penyingkiran dengan hanya satu kemena­ngan diraih dalam sembilan perlawanan sebelum ini.

Kata Parker, apa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya untuk merekodkan kemenangan kedua adalah ­sangat memberangsangkan terutama melihat kualiti yang ada pada pasukan Leicester.

“Tiada siapa yang percaya kami boleh mengutip mata pada perlawanan ini apatah lagi melakar kemenangan. Apa yang pemain lakukan cukup sempurna di mata saya tetapi masih lagi banyak kelemahan yang boleh diperbaiki.

“Bagaimanapun, saya percaya kemenangan ini akan melonjakkan lagi semangat pasukan dalam usaha menghapuskan tanggapan bahawa kami bakal tersingkir dan kembali ke Liga Kejuaraan pada musim depan,” katanya.

Sementara itu, Parker turut berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain sayap sensasi, Ademola Lookman yang berjaya meledak satu gol selepas dikritik hebat apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi bulan lepas.

“Lookman telah mendapatkan kembali semangatnya di atas padang dan sejujurnya kami sentiasa berada di belakangnya walaupun dikritik sebelum ini. Saya harap dia dapat mengekalkan rentak konsisten dalam usaha menjaringkan le­bih banyak gol buat kami selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI