fbpx

Episod ketiga SFMM35, pengumuman finalis AJL35 ditetapkan 15 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pernyanyi yang bakal membuat persembahan pada episod ketiga SFMM35 nanti.

PETALING JAYA – Episod ketiga Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) yang ditunda sejak 22 November lalu akan diadakan semula pada 15 Disember.

Selain akan mempersembahkan baki 10 buah lagu yang bakal bertanding, malam ketiga SFMM35 juga bakal menyaksikan pengumuman 12 buah judul lagu yang layak untuk pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada tahun hadapan.

Menurut Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurul Huda Khalid, pematuhan arahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi keutamaan pihak produksi demi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

“Warga kerja kami telah pun membuat ujian calitan Covid-19 di pusat-pusat perubatan kerajaan berhampiran.

“Selain itu petugas produksi juga telah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Ujarnya lagi, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan proses sanitasi berkala juga akan dibuat bagi memastikan kelancaran penyiaran hari ketiga SFMM35 pada 15 Disember nanti.

“Pada malam itu, artis yang membuat persembahan sahaja yang akan hadir bagi memastikan bilangan orang yang berada di lokasi dapat dikurangkan dan memudahkan penjarakan fizikal,” katanya.

Antara penyanyi yang bakal bertanding pada episod ketiga nanti termasuklah Aina Abdul, Ismail Izzani, Zizi Kirana, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah.

Terdahulu, episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada 22 November terpaksa ditunda selepas seorang daripada penyanyi bertanding iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Alif yang membuat persembahan pada malam pertama SFMM35 kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI