fbpx

Bau busuk dari rumah teres bongkar kematian lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT berusia 40-an ditemui dalam sebuah rumah berkunci di Taman Impian, Bukit Mertajam malam tadi.

SEBERANG PERAI – Bau busuk dari sebuah rumah teres di Taman Impian, Bukit Mertajam di sini yang disedari malam tadi membongkar kematian seorang lelaki sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan kejadian itu disedari jirannya yang menghidu bau busuk dari rumah mangsa berusia 40-an yang dipercayai tinggal sendirian sebelum menghubungi polis kira kira pukul 11.20 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya turut dihubungi selepas polis mendapati pintu rumah berkunci.

“Dengan menggunakan peralatan khas, bomba membuka pintu rumah dan menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

“Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pukul 12.19 tengah malam,” katanya.

Operasi berkenaan digerakkan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI