fbpx

851 kes baharu, dua kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 851 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 68,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat pertambahan dua kematian hari ini menjadikan sebanyak 365 kes kematian terkini dilaporkan di seluruh negara.

“Selain itu, sebanyak 658 kes sembuh direkodkan dan jumlah kes sembuh Covid-19 sehingga kini sebanyak 56,969 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 122 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI