fbpx

Timbalan Menteri didakwa tunjuk isyarat lucah dalam Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Willie.

PETALING JAYA – Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh lagi selepas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin didakwa menunjuk isyarat lucah terhadap Ahli Parlimen pembangkang.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

“Tadi semasa sesi pengulungan Puncak Borneo (Willie), selepas beliau selesai penggulungan menunjukkan isyarat lucah kepada sebelah sini (Ahli Parlimen pembangkang) iaitu jari tengah beliau,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudian meminta Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Willie bagaimanapun menegaskan beliau tidak berbuat demikian dan mendakwa Ahli Parlimen pembangkang tersilap lihat.

“Ingin saya tegaskan itu tidak benar dan mereka salah nampak. Saya ingin perjelaskan bahawa saya tidak tunjuk jari tengah. Kalau mereka beranggapan demikian saya bersedia minta maaf,” katanya.

Penjelasan itu tidak diterima Ahli Parlimen pembangkang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum Azhar mengumumkan persidangan ditangguhkan dan bersambung pukul 10 pagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI