fbpx

Tiada komproni anggota polis seludup dadah dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarulzaman.

JOHOR BAHRU – Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah termasuk mereka yang menyeludup bahan terlarang itu untuk tahahan di dalam lokap.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tiada istilah pilih kasih dalam usaha pihak polis memerangi kegiatan dadah secara habis-habisan ini.

“Tidak ada istilah pilih kasih, semuanya sama sahaja apabila tindakan diambil. Bagi tahanan lokap yang lebih seminggu, pihak JSJN akan membuat ujian saringan air kencing terhadap mereka untuk melihat sama ada terdapat kesan pengambilan dadah atau tidak.

“Kita akan cari punca bagaimana dadah boleh masuk dalam lokap. Kita juga sudah mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam pengedaran dadah ke dalam lokap seperti kes yang dilaporkan di Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Ketika ditanya berhubung dakwaan terdapat kes penyeludupan bekalan dadah di lokap di Kota Tinggi baru-baru ini, Kamarulzaman berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan akan mẹmbuat semakan terlebih dahulu.

“Pernah berlaku di Pulau Pinang di mana seorang anggota membawa masuk dadah ke dalam lokap dan dia sudah pun diambil tindakan.

“Ada beberapa kes seumpama ini dan saya tidak dapat berikan jumlah yang tepat. Ada antaranya yang terlibat adalah anggota, ada juga yang dari sindiket orang yang ditahan.

“Antara faktornya (berlaku kes penyeludupan dadah) ialah mengambil kesempatan terhadap penagih dadah yang ditahan, menggunakan ruang atau keuntungan terutamanya apabila mereka ini dibawa ke mahkamah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI