fbpx

Sarjan Norihan tidak bergantung alat pernafasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norihan yang dibawa dengan ambulan tiba di Hospital Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.- Gambar hiasan
NORIHAN TARI

GEORGE TOWN – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, tidak lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan mula berjalan dengan menggunakan alat bantuan hari ini.

Norihan yang ditemani isteri kini telah ditempatkan di wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipindah dari Unit Rawatan Rapi (ICU) petang Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, Norihan semakin menunjukkan perkembangan yang sangat baik selepas menjalani pembedahan membuang dua butir peluru pada perut Khamis lalu.

“Dia (Norihan) kini boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan pernafasan termasuk sudah boleh minum dan makan makanan yang bertekstur lembut.

“Saya juga dimaklumkan yang anggota terbabit sudah boleh berjalan dengan bantuan ‘walker frame’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rabu lalu, Norihan dibawa ke HPP bagi menjalani pembedahan membuang tiga butir peluru iaitu dua pada perut dan satu pada tulang belakang.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi Selasa lalu, Norihan dan seorang lagi anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak pada bahagian kiri perut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI