fbpx

Penjenayah himpit, langgar kereta peronda polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (depan, kiri) yang bertindak menghimpit kereta peronda polis direman selama empat hari bermula hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki disyaki suspek kes curi dengan memecah cermin kereta mangsa ditahan polis selepas dikejar sejauh lapan kilometer di Kampung Berapit, Tikam Batu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan polis bersama anggota tentera yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah Ops Covid pukul 10 malam.

“Sebaik Bilik Gerakan Daerah (DCC) Kuala Muda membuat hebahan berkaitan satu kejadian pecah cermin kereta di Hotel Park Avenue di Taman Sejati, sebuah kereta peronda dari Balai Polis Tikam Batu digerakkan ke lokasi.

“Ketika dalam perjalanan, anggota kita terserempak dengan suspek yang memandu kereta Perodua Viva di Jalan Alor Setar-Butterworth sebelum bertindak mengejarnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adzli, suspek kemudian memecut kereta dengan menghala ke arah Tikam Batu dan semasa dikejar, suspek bertindak ganas dengan menghimpit dan melanggar kereta peronda polis jenis Proton Waja sehingga kemek dan calar di sebelah kiri.

“Kereta suspek terbabas selepas berjaya dipintas di Kampung Berapit dan suspek cuba melarikan diri ke dalam hutan berdekatan di kampung itu.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan pemeriksaan di dalam keretanya menemui satu unit pemotong besi dan satu unit tukul besi,” ujarnya.

Tambahnya, semakan rekod mendapati, suspek dikehendaki atas tiga kesalahan memecah cermin kereta dan melarikan pelbagai barangan berharga di sebuah hotel sebelum ini dan satu rekod kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI