fbpx

Peguam didakwa menipu RM67,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nagarajan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas empat pertuduhan menipu anak guamnya bernilai RM67,000. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang peguam didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan menipu anak guamnya sebanyak RM67,000 agar tidak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), tiga tahun lalu.

Tertuduh, P. Nagarajan, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang mempunyai firma guaman itu memperdayakan seorang lelaki berusia 52 tahun bahawa telah dibantu tidak ditangkap SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana PTPK.

Penipuan tersebut melibatkan wang keseluruhan RM67,000 dengan kesalahan didakwa dilakukan di dua buah bank dan kawasan tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Kajang.

Perbuatan tersebut dilakukan di antara 18 September hingga 1 November 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda dan sebat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zander Lim Wai Keong menawarkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Jaminan tersebut ditawarkan susulan tertuduh merupakan seorang peguambela dan peguam cara dan persepsi masyarakat kerjaya itu dihormati dan membantu memastikan undang-undang ditakuti,” katanya.

Peguam Vikraman Rajo mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan RM20,000 kerana firma guaman Nagarajan terjejas sepanjang pandemik Covid-19 selain mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan ulser.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan termasuk jaminan RM50,000 dan sebutan semula kes ditetapkan 22 Januari 2021.

Difahamkan tertuduh akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berkaitan penipuan sama berjumlah RM73,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI