fbpx

‘Pasir Salak’ trending di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkataan ‘Pasir Salak’ menjadi trending di laman sosial, Twitter hari ini susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menggambarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘budak’.

Kejadian itu berlaku dalam sidang parlimen ini semasa penggulungan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mong.

Pada sesi tersebut, Tajuddin mengarahkan Syed Saddiq untuk duduk dan menggunakan istilah ‘budak’ kepadanya.

“Budak-budak duduk dulu, banyak lagi kena belajar, jangan bazirkan masa saya,”tegas Tajuddin pada sesi perggulungan tersebut.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini memutuskan bahawa perkataan ‘budak’ yang diucapkan Tajuddin kepada Syed Saddiq adalah jenaka yang dibuat tanpa niat jahat.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah dibantah oleh ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggunakan peraturan mesyuarat.

Sementara itu, rata-rata netizen berang dengan tindakan Tajuddin yang tidak menghormati ahli parlimen lain pada sesi sidang parlimen.

Selain itu, netizen juga turut tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Parlimen Pontian yang berada disebelah Tajuddin yang ketawa sakan selepas Syed Saddiq digelar ‘budak’ oleh Tajuddin.

Seorang pengguna Twitter, amirx abd hadi menerusi ciapannya berkata :’sakan ya gelak @ahmadmaslan, kerana itu kita sebut, mereka ini tidak pernah hormat pada orang muda dan pandangan orang muda.

Sehingga pukul 10.30 malam ini, perkataan Pasir Salak telah diulang ciap hampir 9,000 kali.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI