fbpx

Orang Johor serbu kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil peluang membeli emas berikutan harganya yang jatuh antara RM230 hingga RM240 satu gram disalah sebuah kedai emas di Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Penurunan harga emas sejak beberapa hari lalu menarik minat orang ramai menyerbu kedai emas seluruh negara termasuk di negeri ini bagi mendapatkan koleksi emas yang diidamkan.

Tinjauan Kosmo! mendapati orang Johor mula beratur panjang sejak pukul 9.30 pagi biarpun kedai emas mula beroperasi pada pukul 10 pagi.

Pemilik Kedai Emas Aurora di Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, Dayana Haironi berkata, jumlah pelanggan meningkat satu kali ganda sejak minggu lepas berbanding hari biasa.

“Sebelum harga emas turun sejak minggu lepas, pelanggan kami antara 50 hingga 70 orang dalam sehari.

“Kini meningkat satu kali ganda antara 100 hingga ke 150 pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dayana berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

Harga emas di negeri ini jatuh antara RM230 hingga RM240 satu gram berbanding RM270 hingga RM280 satu gram sebelum ini.

Dalam pada itu, Dayana berkata, harga emas jatuh atas beberapa faktor antaranya pengaruh politik di Amerika Syarikat (US).

“Selepas pemilihan Presiden US yang memihak kepada Joe Biden, pelabur dan masyarakat dunia mula percaya kepada mata wang Dollar US.

“Kedua adalah faktor penemuan vaksin Covid-19, sebelum ini orang ramai tidak berani berbelanja menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.

“Dua faktor ini menyebabkan trend harga emas turun mendadak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI