fbpx

NTIS bantu tingkat pendapatan peneroka Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Projek Sandbox Inovasi dan Teknologi (NTIS) bakal meningkatkan purata pendapatan peneroka Felda dan mewujudkan lebih banyak pe­luang ekonomi bernilai tinggi serta pekerjaan terutama bagi generasi peneroka baharu.

Projek tersebut dibangunkan bersama Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) juga bertindak selaku sekretariat utama dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sebagai rakan pembiayaan utama.

Menurut MaGIC, lima syarikat teknologi tinggi telah dipilih untuk menjalankan ujian tekanan untuk pelbagai kemudahan dron dan robot dalam menambah baik aspek penuaian, penyelenggaraan dan pembajaan ladang kelapa sawit di lokasi Felda terpilih.
“Ini adalah ujian kumpulan pertama yang akan dijalankan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

“Hasil penemuan daripada inisiatif itu akan diterapkan ke lebih banyak lokasi pertanian dalam masa terdekat.

“Dua skim Felda Mempaga di Pahang seluas 25 hektar telah diperuntukkan sebagai tempat pelaksanaan bagi kemudahan dron dan robotik ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Majlis kerjasama secara maya itu disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain itu, majlis berkenaan turut melibatkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang akan menguji penyelesaian untuk tempoh enam hingga 12 bulan di kawasan yang ditentukan berdasarkan aras pencapaian yang ditetapkan penyedia penyelesaian teknologi.

CAAM juga akan menyediakan kerangka kerja teknikal dan kawal selia serta parameter agar dron beroperasi dengan cekap dan selamat.

Khairy Jamaluddin dalam ucapan pada majlis berkenaan me­nerangkan, kerjasama antara MaGIC dan Felda bertepatan dengan masanya kerana sektor pertanian men­yumbang lebih 12 peratus pekerjaan dalam negara.

“Justeru, kami mahu memu­lihkan sektor ini secepat mungkin.

“Inisiatif ini akan membantu untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memberi mereka ruang meningkatkan potensi pendapatan,” ujarnya.”

Tambah Khairy Jamaluddin, NTIS juga akan mendorong perkembangan i­novasi baharu yang akan memodenkan sektor pertanian dengan sistem teknologi pintar dan aplikasi bahan serba canggih.

Antara teknologi dan penyelesaian yang akan diuji adalah semburan bertepatan, ladang automasi robotik kecerdasan buatan dan mesin penuaian berkuasa bateri.

Sehingga kini, 1,773 permohonan telah diterima dengan RM18 juta dijangka disalurkan kepada syarikat terpilih akhir tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI