fbpx

Napoli benam Roma demi Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIGNE mengucup jersi yang pernah dipakai Maradona ketika mewakili Napoli ketika mereka berjaya membenam Roma 4-0 awal pagi semalam. – AFP

NAPLES – Kapten pasukan Napoli, Lorenzo Insigne me­ngakui barisan pemain cukup bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik sebagai penghormatan buat Diego Maradona selepas menewaskan AS Roma 4-0 dalam aksi Serie A awal pagi semalam.

Kata Insigne, barisan pemain menunjukkan motivasi yang tinggi kerana bukan mudah untuk melakar kemena­ngan bergaya ke atas Roma yang juga dianggap sebagai salah satu gergasi bola sepak Itali.

“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh barisan pemain pada perlawanan ini. Mungkin suasana dan perasaan kehilangan Maradona pada Khamis lalu membuatkan semangat pemain membara.

“Maradona telah memberikan impak besar terhadap semua pemain Napoli dan kemenangan ini adalah hadiah buatnya. Justeru, saya mahu pemain mengekalkan momentum yang sama agar pasukan berpeluang melakar kejayaan yang diimpikan musim ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Napoli, Gennaro Gattuso berharap mentaliti kemenangan yang ada dalam kalangan pemainnya ketika ini dapat diteruskan selepas mempamerkan aksi yang cukup berkualiti sepanjang 90 minit perlawanan.

“Barisan pemain telah mendengar setiap arahan taktikal yang telah saya berikan dan ini adalah kejayaan mereka,” katanya.

Kemenangan tersebut me­lonjakkan kedudukan Napoli ke tangga kelima liga selepas mengutip 17 mata daripada sembilan perlawanan dibezakan enam mata berbanding pendahulu AC Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI