fbpx

Muatan binaan landskap bertaburan di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang terbalik di lokasi kemalangan.

REMBAU – Trafik di kilometer 240.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) bergerak perlahan seketika susulan kemalangan di lokasi berkenaan membabitkan dua buah lori pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut sumber, susulan kemalangan berkenaan lorong paling kanan dan tengah ditutup sementara bagi kerja-kerja mengalihkan lori yang terbalik merintangi jalan bersama muatannya.

“Dipercayai lori ini membawa muatan berupa binaan landskap seperti anak pokok, tanah, baja dan lain-lain lagi.

“Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya dekat sini, tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI