fbpx

Lilipaly tiada dalam senarai skuad Kedah musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILIPALY yang merupakan pemain kebangsaan Indonesia sedang hangat diperkatakan bakal berhijrah ke pasukan Kedah, namun sumber dalaman Helang Merah menolak sama sekali khabar angin tersebut.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KEDAH tidak berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Indonesia, Stefano Lilipaly bagi mengharungi Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.

Sumber dalaman pasukan mendedahkan, pemain yang dilahirkan di Belanda dan pernah membarisi skuad kebangsaan bawah 17 tahun pasukan Oranje tersebut tidak berada dalam pe­rancangan jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Sebaliknya, kata sumber tersebut, usaha kini sedang dibuat bagi mendapatkan kembali bekas pemain sayap mereka, Mohd. Syazwan Zainon yang menabur bakti di Selangor, musim lalu.

“Memang nama Lilipaly hangat disebut-sebut di media sosial ketika ini, namun setakat ini pemain berusia 30 tahun itu tidak ada dalam perancangan pasukan untuk musim depan.

“Begitu pun cakap-cakap yang mengaitkan Syazwan Zainon dengan Kedah memang betul. Kehadiran Syazwan dilihat mampu memperkukuhkan pasukan pada musim depan,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Sebelum ini, nama Lilipaly yang berkebolehan untuk bermain di jentera serangan tengah dan sayap, disebut-sebut sebagai pengganti kepada pemain import Filipina, Amin Nazari yang tidak disambung kontraknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI