fbpx

Lelaki didakwa miliki ‘paintball marker’ menyerupai senjata tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 22 laras paintball marker menyerupai senjata tiruan.

MELAKA – Seorang bekas pengurus sukan paintball didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 22 laras ‘paintball marker’ menyerupai senjata tiruan, pada September lalu.

Tertuduh, Idilhan Ibrahim, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dalam milik dan jagaannya 22 laras senjata paintball yang menyerupai senjata tiruan kira-kira pada pukul 9.20 pagi di Pusat Ekuestrian Hang Jebat dalam daerah Melaka Tengah pada 12 September lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau dikenakan denda tidak lebih RM5, 000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari bagaimanapun mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM6, 000 dengan seorang penjamin dan tarikh untuk serahan dokumen.

Peguam Mawar Nur Izatti Md. Zamri bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan, pada hari kejadian anak guamnya hanyalah sebagai pengurus pertandingan sukan itu dan bukan pemilik senjata tersebut, selain tidak lagi bekerja serta perlu menanggung ahli keluarga termasuk tiga orang anak.

Katanya, anak guamnya itu juga membiayai kos rawatan ibunya di pusat alzheimer dan bayaran ansuran pinjaman bagi rumah didiami keluarga.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 5 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI