fbpx

Lari sehelai sepinggang, rumah hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen: ANGGOTA bomba membantu memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah papan setingkat di Jalan Dato Keramat, George Town di sini tadi. - Foto IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Penghuni yang tinggal di sebuah rumah papan satu tingkat di Jalan Dato Keramat di sini berlari sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dijilat api hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, penghuni terdiri datuk dan cucu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kebakaran tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12 tengah hari tadi dan tiba kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah rumah Kelas C yang terletak berdekatan dengan kediaman dua tingkat dan bangunan empat tingkat.

“Api marak dengan cepat ke seluruh bahagain kediaman yang diperbuat daripada papan dan keadaan angin juga kuat.

“Mangsa dikatakan berlari sehelai sepinggang dan tidak sempat membawa keluar barangan yang lain. Pasukan juga berdepan kesukaran kerana jarak antara rumah itu terlalu dekat dengan lima unit kediaman di hadapannya,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya berjaya mengawal api dalam tempoh lapan minit dan memadam keseluruhannya pada pukul 1.08 minit petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI