fbpx

Keluar modal RM2,000 bina titi ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosdi berjalan di atas titi selepas rumahnya Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang mula dinaiki air.

RANTAU PANJANG – Sebuah keluarga di Kampung Lubok Gong Hilir di sini mengeluarkan duit poket sebanyak RM2,000 untuk membina titi selepas halaman rumah mereka mula ditenggelami air sejak beberapa hari lalu.

Rosdi Abdullah, 58, berkata, titi setinggi 1.5 meter itu menjadi penyelamat kepada keluarganya dalam melakukan urusan hariannya terutamanya untuk keluar membeli barangan dapur apabila paras air Sungai Golok semakin naik.

Menurutnya, kerja-kerja pembuatan titi itu dilakukan selepas air Sungai Golok yang terletak kira-kira 40 meter dari rumah mula melimpah masuk ke kawasan halaman.

“Titi sejauh 100 meter ini dibina secara bergotong-royong bersama sanak-saudara.

“Kami mengambil masa hampir sehari untuk menyiapkan titi ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rosdi memberitahu, setiap kali banjir, dia dan keluarga tidak berpindah kerana sudah menyediakan satu ruang tinggi di dalam rumah.

Katanya, mereka sekeluarga akan menggunakan titi itu untuk keluar mencari bekalan makanan.

“Selain itu, titi ini turut digunakan oleh dua lagi keluarga yang merupakan sanak saudara saya,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! mendapati penduduk di Kampung Tersang di sini turut mengambil pendekatan sama iaitu membuat titi bagi memudahkan urusan harian mereka sepanjang musim banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI