fbpx

Kanak-kanak terjatuh sungai ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak yang dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok petang semalam ditemui pagi ini.

KULIM – Seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok dekat Kampung Bikan Atas di sini semalam ditemui mati lemas pada pagi ini.

Mayat mangsa, Irdina Aleesya Zamri, 8, ditemui anggota bomba pada pukul 7.50 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga OKU dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok dekat Kampung Bikan Atas kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Mangsa, Irdina dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas tuala dan selipar disyaki milik kanak-kanak itu ditemui di tebing sungai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI