fbpx

Harimau Selatan minat khidmat Rolan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROLAN (kiri) dilaporkan berada dalam radar pasukan Harimau Selatan untuk ditandatangani pada Januari depan.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang antarabangsa Uruguay, Diego Rolan apabila jendela perpindahan antarabangsa dibuka pada Januari depan.

Situasi tersebut didedahkan oleh portal media Sepanyol, ElDesmarque yang mengesahkan pemain pasukan Deportivo La Coruna pada Liga Divisyen 2 Sepanyol itu mendapat perhatian ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora.

“Sepatutnya Rolan berhijrah pada jendela perpindahan bulan lepas selepas mendapat tawaran daripada kelab di luar Sepanyol tetapi pandemik Covid-19 membantutkan hasrat tersebut.

“Namun, sumber ElDesmarque boleh mengesahkan juara Liga Super, JDT sangat berminat untuk mendapatkan khid­mat Rolan dan mungkin akan berhijrah pada Januari depan jika segalanya berjalan lancar,” me­nurut portal tersebut semalam.

Sebagai rekod, skuad JDT sememangnya memburu seorang penyerang baharu selepas pemain kelahiran Brazil, Diogo Luis Santo berhijrah ke pasukan Thailand, Bangkok Glass Pathum tahun depan.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim te­lah mengesahkan bahawa penye­rang dari Brazil, Camilo Da Silva Sanvezzobakal menjadi pemain No. 9 baharu untuk pasukan itu musim depan.

Namun, Da Silva dilaporkan telah melanjutkan kontrak bersama pasukan Mexico, Mazatlan baru-baru ini sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai kehadirannya ke Liga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI