fbpx

Gaya Messi hormati Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI menyarung jersi Newell’s Old Boys bernombor 10 yang dipakai Maradona ketika mewakili pasukan itu sebagai tanda penghormatan selepas menjaringkan gol menentang Osasuna awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman me­ngakui teruja menyaksikan gaya kapten pasukan, Lionel Messi meraikan jaringan gol sebagai penghormatan buat legenda bola sepak, Diego Maradona ketika menang ke atas Osasuna 4-0 dalam aksi La Liga awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Messi telah menyarung jersi ­ikonik No. 10 Newell’s Old Boys milik Maradona selepas menjaringkan gol bagi sebagai tanda mengenang jasa bekas pemain antarabangsa Argentina yang te­lah meninggal dunia pada Khamis lepas.

Kata Koeman, Messi yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman pun tetap tidak ketinggalan memberi penghormatan buat Maradona yang juga pernah mewakili pasukan Barcelona pada awal kariernya di era 80-an.

“Ia adalah satu pengiktirafan yang cukup beremosi kerana kita sedar betapa besar impak yang diberikan oleh Maradona terutama buat pemain bola sepak di Argentina seperti Messi,” kata Koeman.

Sementara itu, Koeman turut memuji impak yang diberikan oleh dua pemain di jentera sera­ngan, Antoine Griezmann dan Martin Braithwaite yang semakin menyerlah sejak beberapa perlawanan lepas.

“Griezmann begitu tajam pada perlawanan ini dengan meledak satu gol, selain mencipta banyak peluang keemasan buat rakan sepasukan. Dia semakin mencapai keserasian dan kini tugasnya hanyalah untuk kekalkan rentak konsisten.

“Situasi sama buat Braithwaite kerana kami seme­mangnya memerlukan pemain No. 9 sejati bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Malah, dia juga agak tajam di hadapan gol dan saya berpuas hati dengan apa yang dia pamerkan pada perlawanan kali ini,” katanya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN