fbpx

City tiada sistem penggiliran pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mengakui bahawa beliau hanya merehatkan pemain yang kurang cergas bukan kerana sistem penggiliran. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Man­chester City, Pep Guardiola mengakui beliau tidak akan melakukan penggiliran pemain menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang FC Porto di Stadium Dragao awal pagi esok.

Skuad The Citizens itu berdepan masalah kecede­raan pada awal musim, namun mereka dilihat kembali menemui sentuhan selepas membelasah Burnley 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.

Kata Guardiola, beliau tidak akan melakukan perubahan terhadap kesebelasan utama pasukan sekiranya kecergasan pemain masih berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak suka untuk merehatkan pemain sekiranya mereka masih boleh beraksi. Pemain-pemain hanya direhatkan jika mereka benar-benar berada dalam keadaan letih.

“Jika pemain-pemain fikir saya merehatkan pemain kerana sistem penggiliran, mereka silap besar. Selagi boleh bermain, saya akan turunkan mereka,” kata Guardiola.

Pada masa sama, bekas pengendali Barcelona itu memberi gambaran untuk menurunkan John Stones pada perlawanan awal pagi esok selepas menampilkan aksi meyakinkan ketika bertemu Burnley.

“Dia (Stones) sangat fokus dan tidak me­lakukan kesilapan pada perlawanan itu. Memang saya mahukan benteng pertahanan kebal serta jentera serangan yang tajam,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI