fbpx

Berpakaian wanita di stesen televisyen islamik, Nizam kena serang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIZAM RAHMAN

KUALA LUMPUR – Selebriti media sosial, Nizam Rahman yang terkenal dengan video parodi berpakaian ala wanita mencetuskan kekecohan ketika berada di sebuah stesen televisyen berorientasikan islamik pagi tadi.

Menerusi siaran langsung Instagramnya, Nizam dilihat sedang berjalan masuk ke pekarangan stesen televisyen tersebut dengan memakai baju kebaya dan berambut palsu sebelum didatangi dua individu yang tidak dikenali menegur dirinya yang kurang sensitif.

NIZAM RAHMAN sebagai membuat siaran langsung ketika tiba di pekarangan TV AlHijrah pagi tadi.

Ketegangan berlaku apabila individu tersebut memanggilnya dengan nama ‘pondan’ sehingga berlaku kekecohan di kawasan stesen televisyen terbabit.

Enggan memanjangkan insiden tersebut, Nizam atau nama penuhnya Hairul Nizam Abdul Rahman,30 tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Aduh kecoh betul pagi tadi. Macam ini lah, alang-alang sudah tular, biar saya jelaskan. Ada yang kecam saya tak hormat stesen televisyen sebab berpakaian wanita.

“Saya ini tidaklah bodoh atau hilang akal nak berpakaian wanita apabila muncul dalam televisyen. Kalau televisyen komersial menetapkan syarat tidak boleh berpakaian berlainan jantina, apatah lagi sebuah televisyen yang mengutamakan patuh syariah seperti TV Alhijrah.

“Sebenarnya saya baru selesai penggambaran sebuah produk yang berakhir pukul 6 pagi tadi. Disebabkan masa agak terhad, saya terus bergegas ke TV Alhijrah kerana terlibat sebagai tetamu undangan program siaran langsung Assalamualaikum Biz bagi mempromosikan produk Serangup.

“Saya memang dan rancang nak tukar baju di sana dan rakan saya yang berdiri di sebelah sudah bersedia dengan baju ganti,” katanya kepada K! Online.

Jelas Nizam lagi, dia berasa kesal apabila dua individu terbabit yang tiba-tiba menegurnya tanpa usul periksa sehingga mengundang kekecohan.

“Bagi saya tak salah kalau nak menegur, tetapi kena ada caranya.Tak perlulah sampai nak marah-marah. Apa salahnya bertanya dulu dengan nada berhemah.

“Lagi pun saya difahamkan mereka bukan kakitangan AlHijrah atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Apa-apa pun saya nak mohon maaf jika ada yang tersinggung dan kurang senang dengan perkongsian siaran langsung dalam Instagram saya pagi tadi. Semua itu hanyalah salah faham,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI