fbpx

Berdepan 7 laporan polis, bapa mohon Da’i Syed dikuatkan iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEIF Jamalullail

PETALING JAYA – Bapa kepada pendakwah Da’i Syed, Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail memohon agar anaknya dikuatkan iman saat diuji dengan tuduhan serangan seksual dan rogol daripada beberapa mangsa wanita.

Syed Jamalullail menerusi Facebook rasminya menulis, hanya kekuatan iman yang paling penting ketika sedang berdepan dengan ujian.

Sebelum menulis luahan hatinya, Syed Jamalullail yang ketika berada di Mesir memetik sebuah firman Allah yang berbunyi: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telahpun beriman sedangkan mereka tidak diuji? ” (Al-Ankabut: 2).”

“Saya mohon daripada saudara seislam yang dimuliakan Allah untuk sedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan diniatkan untuk anak saya, Iqmal. Juga kepada pelapor supaya dikuatkan iman saat mereka diuji.

“Hanya kekuatan iman yang paling penting ketika ini untuk berdepan dengan semua ujian. Pasti Allah akan membersihkan hamba-Nya sebersih-bersihnya jika dia menjalani dengan iman teguh,” tulisnya.

Lelaki itu juga menyerahkan segalanya di tangan Tuhan untuk menentukan sama ada anaknya, Da’i Syed atau nama penuh, Syed Shah Iqmal benar-benar bersalah ataupun tidak.

“Sesungguhnya, sebaik-baik hukuman daripada-Nya adalah balasan di dunia sebelum dihadapkan di Yaumul Mahsyar.

“Sabda Rasulullah, seorang mukmin akan pasti diberi ujian. Sehinggalah dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun, hadis riwayat Bukhari,” katanya lagi.

Pada 24 November lalu, Syed Jamalullail tampil bersuara memberi maklum balas terhadap isu yang melibatkan anaknya sambil memberi nasihat agar pendakwah muda itu jangan mempergunakan agama untuk menutup segala kejahatan.

Setakat ini, tujuh laporan polis diterima melibatkan Da’i Syed. Sebelum ini pendakwah muda kelahiran program realiti keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat itu dikaitkan dengan satu kes rogol yang masih dalam siasatan.

Laporan ketujuh dilakukan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai guru di Balai Polis Damansara malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI