fbpx

43,000 rakyat Kelantan tidak carum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA Yaacob (kiri) menyerahkan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat kepada Che Jabariah Abbas ibu kepada arwah Siti Nor Hanizah Noordin yang maut selepas terlibat dalam kemalangan.

JELI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendedahkan sikap ambil mudah dikesan menjadi punca 43,000 rakyat negeri ini yang bekerja sendiri dikesan gagal membuat caruman dengan agensi berkenaan.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, sikap tersebut perlu segera dikikis kerana agensi berkenaan menyediakan pelbagai manfaat kepada pencarum sekiranya mereka berdepan masalah di kemudian hari.

Menurutnya, Perkeso menawarkan 20 bidang pekerjaan yang boleh membolehkan individu membuat caruman dibawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS).

“Menerusi SPS, Perkeso menawarkan caruman serendah RM13.10 untuk setiap bulan yang membawa manfaat besar kepada pencarum,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Long di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turun padang menyampaikan bayaran Faedah Mengurusan Mayat kepada waris bekas kakitangan Kumpulan Utusan Malaysia (Malaysia) Berhad Siti Nor Hanizah Mohd Noordin, 32, yang meninggal dunia pada 28 Oktober lalu akibat kemalangan jalan raya di Kampung Kuala Itek, Rantau Panjang.

Dalam kunjungan itu Perkeso Kelantan turut menyerahkan faedah pencen penakat berjumlah RM813.75 setiap bulan kepada Che Jabariah Abbas (ibu) dan Mohd. Nordin Isa bapa kepada Siti Hanizah seumur hidup.

Adik arwah Nor Syahila Nordin, 20, turut menerima faedah pencen penakat berjumlah RM813.75 setiap bulan sehingga berusia 21 tahun.

Sementara itu, Nora memberitahu, Perkeso Kelantan akan terus turun padang memberikan penerangan berkaitan kelebihan membuat caruman bersama agensi itu.

Katanya, rakyat negeri ini diharap tidak mengambil mudah sebaliknya datang ke Perkeso untuk membuat caruman.

“Untuk makluman arwah yang terkesan dengan penutupan operasi Kumpulan Utusan Malaysia (M) Berhad sebelum ini turut menerima Faedah Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) sepanjang lima bulan berjumlah RM9,546.65,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Januari hingga semalam Perkeso Kelantan telah membayar lebih RM9.390 juta manfaat kepada para pencarum.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI