fbpx

Tajamnya gerak rasa curiga polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minuman keras tanpa kelulusan Kastam dirampas dalam satu tangkapan di kilometer 225, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), dekat sini, semalam.

REMBAU – Gerak rasa curiga sepasukan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di lebuh raya membawa kepada tangkapan kes muatan minuman keras tanpa cukai di kilometer 225, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), dekat sini semalam.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan pemandu lori ditangkap susulan gagal mengemukakan sebarang dokumen penghantaran sah.

Menurut sumber, barang berupa ribuan tin dan lebih 10 botol minuman keras tersebut dipercayai tidak mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Pasukan yang membuat rondaan melihat sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan dan telah menahan lori bonded berkenaan untuk tujuan pemeriksaan ke atas kenderaan serta pemandu.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan telah mendapati terdapat beberapa kotak yang disusun dan kotak berkenaan mengandungi tin dan botol minuman keras pelbagai jenama,” katanya dekat sini tadi.

Sumber berkata, pemandu yang gagal menunjukkan dokumen penghantaran sah telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI