fbpx

Syarikat vaksin dijangka hantar laporan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Satu daripada 12 syarikat pengeluar vaksin Covid-19 dijangka akan memberikan laporan fasa ketiga kajian klinikalnya pada minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, justeru pihaknya perlu meneliti laporan tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, terdapat 12 syarikat pengeluar vaksin menjalankan kajian fasa ketiga itu manakala, rundingan berjaya dijalankan membabitkan 10 syarikat tersebut.

“Kita dimaklumkan salah satu syarikat vaksin berkemungkinan besar akan berikan laporan fasa ketiga kajian tersebut pada minggu depan.

“Justeru kita masih menunggu (laporan) untuk kita baca dan mereka juga kena hantar kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk pendaftaran,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selagi vaksin tersebut tidak didaftarkan serta tidak dilesenkan, ia tidak dapat dijual.

“Inilah perjanjian rundingan kita iaitu kita jalankan rundingan awal untuk mendapatkan vaksin. Kebimbangan kita apabila vaksin itu didaftarkan, akan menjadi seperti gelombang kedua.

“Apabila kita nak beli peralatan pelindung diri (PPE) dan ventilator tidak mencukupi sebabkan semua (negara) nak beli.

“Jadi sekurang-kurangnya kita sudah ada perjanjian untuk mendapatkan bekalan vaksin tersebut dan tindakan proaktif ini kita belajar sewaktu gelombang kedua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI