fbpx

Suspek campak cucu tiri didakwa ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak panah menunjukkan arah suspek mencampakkan cucu tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat dakwaan bahawa suspek utama kejadian campak kanak-kanak berusia empat tahun yang mengakibatkan kematiannya di apartment di Danau Kota, di sini mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, rakan serta ahli keluarga suspek mendakwa lelaki berusia 42 tahun itu mengalami masalah mental dalam keterangan yang diberikan.

“Suspek didapati berada di bawah pengaruh ubat dan rakan serta ahli keluarganya mendakwa lelaki itu mempunyai masalah mental.

“Semakan yang dilakukan tidak menemui sebarang rekod perubatan lampau melibatkan suspek jadi kita masih menyiasat kebenaran dakwaan itu,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Saiful Azly, siasatan mendapati, suspek telah cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun telah dihalang oleh isterinya dengan bantuan anak-anak yang lain.

“Berang dengan tindakan itu, suspek dilaporkan mengamuk dan memukul kesemua yang berada di dalam rumah berkenaan sebelum isteri serta beberapa anak tirinya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan jiran serta pengawal keselamatan.

“Melihat perbuatan itu, suspek kemudian mengangkat cucu tirinya yang berusia empat tahun, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya keluar sebelum dia sendiri bertindak terjun,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek yang cedera akibat terjun dari tingkat tiga itu tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mangsa lain yang cedera ringan dan trauma telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan manakala mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

“Laporan bedah siasat masih belum diperolehi manakala suspek telah dibenarkan reman tujuh hari sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI