fbpx

Semakin sedikit yang berkahwin, semakin ramai bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jumlah perkahwinan di Malaysia menurun 1.2 peratus pada tahun lalu berbanding 2018, manakala jumlah perceraian meningkat 12 peratus pada tempoh yang sama.

Menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik di laman web dan Twitter mereka hari ini, dapatan menunjukkan purata usia perkahwinan bagi lelaki dan wanita masing-masing pada 28 dan 27 tahun, manakala purata perceraian adalah pada 37 tahun untuk lelaki dan 34 tahun untuk wanita.

Kumpulan usia yang paling tinggi berkahwin ialah 25 hingga 29 manakala kumpulan usia paling tinggi bagi perceraian ialah 30 hingga 34 tahun.

Perkahwinan paling lewat direkodkan ialah 93 tahun bagi lelaki dan 86 tahun bagi wanita.

Statistik menunjukkan seramai 50.1 daripada 1,000 lelaki berusia 18 tahun ke atas belum berkahwin manakala 46.2 wanita berusia 16 tahun ke atas masih bujang.

Seramai 7.2 daripada 1,000 lelaki yang sudah berkahwin berusia 18 tahun ke atas mengalami perceraian manala bagi wanita, statistik tersebut adalah pada 7.7 daripada 1,000 wanita berkahwin berusia 16 tahun ke atas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI