fbpx

Prestasi pelabuhan Malaysia mula pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong menyampaikan ucaptama pada sesi webminar mengenai Tadbir Urus dan Pengurusan Pelabuhan: Pemulihan Pasca Pandemik anjuran MIMA hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT)cmemaklumkan penilaian mingguan terhadap pelabuhan-pelabuhan di Malaysia menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, buat masa ini, pelabuhan-pelabuhan di Malaysia beroperasi dengan kecekapan tinggi, kekal kompetitif dan aktif dalam persekitaran global yang dinamik serba mencabar.

Beliau berkata, ketegangan akibat kemerosotan ekonomi global, ditambah pula dengan pertikaian perdagangan antarabangsa yang semakin meningkat dan pandemik Covid-19 telah memberi tamparan hebat, begitu juga dengan pelabuhan-pelabuhan di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, penilaian mingguan terhadap pelabuhan di negara ini menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan apabila kapal-kapal kontena mulai masuk walaupun drafnya tidaklah rata.

“Jumlah kapal yang masuk ke pelabuhan bagi tujuan import dan eksport kembali pulih pada suku ketiga 2020 bagi kebanyakan pelabuhan seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama sempena webinar mengenai Tadbir Urus dan Pengurusan Pelabuhan: Pemulihan Pasca Pandemik hari ini.

Webinar itu dihoskan oleh Institut Maritim Malaysia (MIMA), dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Kuantan serta disertai 230 peserta tempatan dan antarabangsa.

Ia turut disertai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Lakhdhir; Pengarah Keselamatan Maritim Pertubuhan Maritim Antarabangsa, Heike Deggim dan Pengerusi MIMA, Datuk Mohamed Suffian Awang.

Ka Siong berkata, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia berkait rapat dengan sektor maritim.

“Pelaburan, perdagangan, sumber manusia, infrastruktur, dan khususnya infrastruktur pelabuhan, menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik untuk pemain di peringkat global.

“Namun, kejayaan masa depan kita bergantung pada tadbir urus pelabuhan yang baik dan berkesan, yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda negara, dan ketika keadaan ekonomi berubah, struktur tadbir urus pelabuhan juga haruslah bersesuaian mengikut situasi semasa,” katanya.

Justeru, katanya, kementeriannya akan terus komited mendukung sektor berkaitan pelabuhan dan ketika berdepan cabaran sukar ini, kita akan terus bergerak menuju pemulihan dan mencari peluang di seluruh wilayah.

Jelasnya lagi, Malaysia mengharapkan ekonomi di sektor maritim akan pulih sepenuhnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI