fbpx

PKPD asrama pekerja Top Glove disambung 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kilang Top Glove yang mencatatkan peningkatan kes dalam Kluster Teratai. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

PETALING JAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 14 Disember ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar hari ini.

“Semua pekerja kilang diwajibkan untuk menjalani saringan Covid-19 yang dijalankan oleh klinik swasta serta dipantau dan diselia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Selangor.

“Saringan Covid-19 pekerja asing bermula 1 Disember (esok) di kilang-kilang yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan, PKPD Putra Point Nilai, Negeri Sembilan dan KPD di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak tamat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI