fbpx

Pemilik, pelanggan kedai emas mula patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Abdullah (kiri) menyukat suhu pelanggan yang hadir di kedai emasnya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu hari ini FOTO: ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Pemilik kedai emas dan pelanggan mula mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) selepas polis mengeluarkan 23 kompaun terhadap segelintir individu yang gagal berbuat demikian.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Siti Khadijah di sini mendapati, kedai emas mula dipenuhi pelanggan sejak harga barangan kemas turun sejak minggu lalu.

Seorang pemilik kedai emas, Mat Abdullah, 49, berkata, kebanyakan pelanggan yang terdiri daripada golongan wanita menyerbu kedai-kedai emas selepas harga emas turun.

Katanya, mereka sentiasa menunggu peluang untuk membeli emas selepas mereka mendapati harga emas jatuh berbanding sebelum ini.

“Saya melihat wanita tidak putus-putus membeli emas untuk dijadikan aset. Kebanyakan daripada mereka menyimpan emas untuk kegunaan ketika ditimpa musibah.

“Hari ini, harga emas turun lagi sehingga RM226.47 segram berbanding minggu kalu RM237 segram. Ia menunjukkan penurunan lebih RM100 untuk segram,” kata ketika ditemui Kosmo! di sini hari.

Mat berkata, sejak penurunan harga emas, ramai pelanggan yang datang membeli barang kemas antara RM3,000 hingga RM8,000 seorang.

Katanya, dia memastikan pelanggan yang hadir mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) bagi mengelakkan sebarang kompaun di keluarkan oleh pihak polis melibatkan premisnya.

Sementara itu, seorang pemilik butik pengantin, Suhaida Ali, 31, berkata, dia gemar membeli emas dan menjadikan barangan kemas itu sebagai aset berharga untuk dipakai oleh wanita.

“Jika terdesak, saya boleh menjual emas ini. Biasanya saya akan memperoleh keuntungan hasil jualan emas itu.

“Saya tetap menjaga SOP tidak kira lokasi. Saya tahu padahnya sekiranya penjarakan sosial tidak dijaga lebih-lebih lagi di tempat awam,” katanya.

Seorang lagi pelanggan tetap di kedai Mat, Aiman Ali, 27, berkata, dia dan isterinya hadir ke kedai itu dua minggu sekali untuk membeli emas.

“Hari ini saya beli gelang dan cincin untuk isteri saya selepas mengetahui harga emas turun.

“Meskipun berdepan penularan wabak Covid-19, saya masih mempunyai rezeki untuk membeli emas. Saya tahu, menyimpan emas ini merupakan satu pelaburan yang berbaloi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI