fbpx

PDRM, 3 pihak lain diperintah fail pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga pihak lagi diperintah untuk memfailkan penyataan pembelaan dalam kes saman seorang guru tadika M. Indira Gandhi berhubung kegagalan mengembalikan semula anak perempuan bongsu berusia 12 tahun yang telah dilarikan bekas suaminya 11 tahun lalu.

Hari ini merupakan pengurusan kes secara dalam talian (e-review) yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira selaku plaintif dalam kes saman itu ketika dihubungi berkata, kesemua defendan iaitu Ketua Polis Negara (KPN), PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia diarah memfailkan penyataan pembelaan sebelum atau pada 2 Disember ini.

“Sementara itu plaintif pula diarah untuk memfailkan balasan terhadap penyataan pembelaan sebelum atau pada 16 Disember ini, ” katanya.

Justeru beliau memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 30 Disember ini. Kesemua defendan diwakili Peguam Persekutuan Safiyyah Omar.

Pada 28 Oktober lalu, Kosmo! Online melaporkan Indira, 45, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Raj & Sach melalui e-filing dengan menamakan KPN selaku defendan pertama manakala PDRM Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua hingga keempat.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Indira, mendakwa defendan pertama iaitu Ketua Polis Negara telah dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan dan telah gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan semula anak perempuan bongsu berusia 12 tahun kepadanya.

Plaintif mendakwa kesemua defendan juga mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM, selaku defendan kedua bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya itu yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, 51, sepertimana diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI